June 16, 2011

KEKASIHKU ♥ ♥


Aku ada kekasih
kekasih ku menyuruh aku berjumpa dgn Dia 5kali sehari

kalau boleh aku nak jumpa dia cepat-cepat,kalau lambat Dia tak suka

Tiap kali aku jumpa ,Dia pasti sediakan jamuan utk aku

Dia lebih gembira jika aku jumpa di rumahNya. Jika aku jumpa dirumahNya pasti Dia akan menyediakan aku jamuan tiap kali aku pergi dan balik.

Tiap kali aku jumpa , Dia pasti akn membersihkn diriku dari kekotoron yang ada pada diriku ini.

Apabila selesai aku jumpa Dia,aku minta pada Dia supaya aku tidak akan lupa Dia dan Aku minta supaya kuatkanlah cinta aku pada Dia.

Jika aku berseorangan dan aku teringat pada Dia , air mata aku boleh mengalir kerana Dia.

Hari-hari Dia bagi aku makan,hari-hari Dia bagi aku minum

Masa aku tidur,Dia sentiasa menjagaku Dia sentiasa memerhatikan ku

Dia sentiasa mengingati aku,tetapi aku kadang-kadang lupa pada Dia

Masa aku senang,aku lupa Dia tetapi Dia tetap ingat pada aku

Masa aku susah,baru la aku mula ingat pada Dia

Ya Allah jadikan lah aku orang yang sentiasa taat pada Mu

Ya Allah,ampunilah dosa hambamu ini,sesungguhnya aku lalai mengingati Mu.

Ya Allah,kurniakan lah aku perasaan cinta yang kuat pada Mu.

Kekasihku ya Allah.


No comments:

Post a Comment